Thursday, July 28, 2011

menyintai tidak semestinya memiliki???

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Cinta Si Burung Layang-Layang

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.
Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.
image002
Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu,  dan menemaninya  dengan penuh setia dan kasih sayang..
image003
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
image004
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
image005
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
image006
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya… Hidup menjadi sepi…
image007
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya.. Manusia bagaimana?
kita manusia……??? PASANGAN DISISI TAPI SETIA TIDAK DIHATI……
Renungkan lah……
” Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu..Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu..”

Friday, July 22, 2011

kembali lagi!

ramadhan berulang kembali. so adakah anda sudah bersedia setelah dipanjangkan umur bertemu dengan ramadhan yang kali ini?
pejam celik bertemu lagi kita kan ramadhan? syukur aku panjatkan kerna dipertemukan lagi dengan bulan mulia ini.
korang taman azam ketat2. make sure full k puase! dah tue kan.. haha
tak baik  tinggal2 puase. cube gigi korang tu sebelah ada sebelah tak ada. apa perasaan korang? sama la dengan puase kan.. tak lawa la puase pun ada lubang2 kan.
tak baik tau tinggal2. sebulan je tuk korang tak makan siang. ni masih sempat tuk korang makan siang. tunggu apa lagi? makan! makan! hahaa
so pas ni tak ada alasan tuk korang tinggal2 ok! hehehe.. *pesan kat diri sendiri juge. :)
banyak kelebihan tuk orang yang berpuase ni..
antaranya:

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=3587


korang tengok sendiri ok! 
so selamat menjalankan ibadah rukun islam yang ke? ke berapa? hahaa

 
BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, iaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.

GOOD LUCK!

Monday, July 18, 2011

First Trial (location: Sekinchan, Selangor, Malaysia)


Sekinchan located at state of Selangor, Malaysia.
This place produce both Rice and Fish. So, the seafood here is quite famous.
Anyway, this post will describe about the Paddy field which produce rice.



Paddy field with "mini river".. =P

Natural view of paddy...



The heavy paddy... farmer smiling happily to wait for the crops!



Paddy field view... with the wind blow slowly and gentle... it could blow away sadness and stressed....

Reflection..



Ripple..


Shadow in water..

Touching.. the crops




Country road... take me home......

ah hah!!! Found Someone footstep!!!

Lotus and paddy..


The sky in the river...


Friends~


Simple is nice.


Vegetable..


The Farmer's "leg"..



Couple farmers~~ Simple life.. simple love..No woriness..


Windy day.... blowing crops..


Paddy view from top..


I found footstep!!!! Doggie's one!!! haha^^


Mushroom... growing on the abandon tree trunk.. with the river at behind...

Sunday, July 17, 2011

jangan nak poyo sangat ok!

pernah dengar orang cakap "hidup macam roda". sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah. tapi macam mana pun pasti akan berjumpa pada paksi yang sama. betul kan?
lain pula pandangan orang ibarat lain padang lain lalang "hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah". betul juga kan?
ketentuan hari ini belum pasti penentuan untuk hari esok! faham bukan?
jadi perlu sentiasa ambil langkah berjaga-jaga kerna kebahagian hari ini mungkin kesedihan untuk hari esok mana mungkin.
persediaan yang rapi semestinya dipupuk ke dalam diri.
kau memang betul yang bernama cinta la! haha... shit!
perubahan seseorang itu sangat akan terjadi kan? sangat-sangat!

Thursday, July 14, 2011

kita suka!

seketika menjamah selera...
kelihatan seorang anak muda tak tentu arah mencari tujuan..
aku tidak tahu mengapa anak mata aku tertumpu pada anak muda tersebut sedangkan lebih ramai lagi orang disekeliling aku.
setelah beberapa lama diperhatikan anak muda itu mula duduk dikerusi yang sentiasa disediakan untuk orang awam..
mungkin keletihan agaknya.
aku membiarkan anak muda itu seketika, lalu aku menjamah apa yang ada didepan mata.
setelah kurang lebih lima minit aku melihat kembali anak muda itu.
akhirnya aku menemui jawapannya...

menunggu kekasih datang...
seronok bukan?
kadang-kadang berjalan pun tak kena, duduk pun tak senang, gatal pun tak sudah... segalanya memang tak sudah. haha...
aku memerhati gelagat pasangan tersebut..
gelak tawa yang terukir dibalik wajah mereka..
mungkin bahagia agaknya...
semakin lama semakin jauh mereka berlalu...
termengelamun aku seketika....... haissshhh! hahaaa...

Friday, July 1, 2011

Telaga jiwa

 
Saat ini aku terdiam dalam telaga sunyi untuk menunggu janji jiwa yang pernah terucap...