Friday, October 7, 2011

akhirnya berpisah jua~~~

mengecap sebuah kebahagiaan akhirnya berpisah ditengah jalan. perjalan hidup yang tidak mungkin disangka menjadikan ianya bahagia sementara. sedang ingin bersama selamanya keraguan meragut si jiwanya.
meronta-meronta memanggil si dia akhirnya kesengsaraan melanda fikiran dan mindanya. adakah MALANG yang menjadi persolannya...
mengimbau kembali kisah yang dulu membuatkan aku tersipu dan kaku. kembali ketempat yang selalu dituju menjadikan aku termelenggu dan akan terus menunggu. adakah itu semua akan berulang dan bersatu.



btw tiada apa2 lagi yang perlu diungkap dan diperkotak katikkan kerna mereka akhirnya berpisah jua...
just would like to thank for ever present in his life...



Friday, September 30, 2011

say gud bye!

september berlalu pergi dengan peredaran masanya. october menanti dengan penuh dugaannye mana mungkin. pemergianmu september tidak mungkin aku dapat melupakan kerna tiada september tiadalah october. eh,tak2. hee.. september mengajar aku. september menjadikan aku sebegini...

LAMBAIAN DARI SEORANG INSAN...


Saturday, August 13, 2011

“lahir saat merdeka.." think on that time!

August 13th, 2011:::::
August terdiam dalam benaknya. Duduk tersuduk diTembok kanan sebelah kiri kamarnya. Matanya menatap Poster seorang tokoh pejuang yg memerdekakan negerinya (???). Sesekali tangannya menggaru garu benaknya yg mulai buntu.
"23 tahun…" Cukup agak lama aku hidup. Sudah 23 kali pula negeriku mengepalkan tangan dan mengucap dengan semangat.."Merdeka..!!!". Tp aku masih saja terbelenggu disini.." Benaknya kembali.
Larut Waktu pun tak terasa. 02.34 a.m dinihari. Tulang punggungnya pun sudah terasa berat menahan sandaran tubuhnya. Lalu ia rebahkan tubuhnya dilantai kamar kost 2X3 yg ia sewa. Matanya masih menatap kosong, Namun berpindah tatapan kearah Kalender didinding sebelah kanan ruang itu.
"13 august…." "Selamat ulang tahun untuk si dia penglipur lara…" :)

*walau kehadiranmu dinanti tapi aku lebih awal menantikan kerna kehadiranmu adalah raya! kah3! 

Thursday, July 28, 2011

menyintai tidak semestinya memiliki???

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Cinta Si Burung Layang-Layang

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.
Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.
image002
Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu,  dan menemaninya  dengan penuh setia dan kasih sayang..
image003
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
image004
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
image005
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
image006
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya… Hidup menjadi sepi…
image007
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya.. Manusia bagaimana?
kita manusia……??? PASANGAN DISISI TAPI SETIA TIDAK DIHATI……
Renungkan lah……
” Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu..Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu..”

Friday, July 22, 2011

kembali lagi!

ramadhan berulang kembali. so adakah anda sudah bersedia setelah dipanjangkan umur bertemu dengan ramadhan yang kali ini?
pejam celik bertemu lagi kita kan ramadhan? syukur aku panjatkan kerna dipertemukan lagi dengan bulan mulia ini.
korang taman azam ketat2. make sure full k puase! dah tue kan.. haha
tak baik  tinggal2 puase. cube gigi korang tu sebelah ada sebelah tak ada. apa perasaan korang? sama la dengan puase kan.. tak lawa la puase pun ada lubang2 kan.
tak baik tau tinggal2. sebulan je tuk korang tak makan siang. ni masih sempat tuk korang makan siang. tunggu apa lagi? makan! makan! hahaa
so pas ni tak ada alasan tuk korang tinggal2 ok! hehehe.. *pesan kat diri sendiri juge. :)
banyak kelebihan tuk orang yang berpuase ni..
antaranya:

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=3587


korang tengok sendiri ok! 
so selamat menjalankan ibadah rukun islam yang ke? ke berapa? hahaa

 
BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, iaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.

GOOD LUCK!

Monday, July 18, 2011

First Trial (location: Sekinchan, Selangor, Malaysia)


Sekinchan located at state of Selangor, Malaysia.
This place produce both Rice and Fish. So, the seafood here is quite famous.
Anyway, this post will describe about the Paddy field which produce rice.



Paddy field with "mini river".. =P

Natural view of paddy...



The heavy paddy... farmer smiling happily to wait for the crops!



Paddy field view... with the wind blow slowly and gentle... it could blow away sadness and stressed....

Reflection..



Ripple..


Shadow in water..

Touching.. the crops




Country road... take me home......

ah hah!!! Found Someone footstep!!!

Lotus and paddy..


The sky in the river...


Friends~


Simple is nice.


Vegetable..


The Farmer's "leg"..



Couple farmers~~ Simple life.. simple love..No woriness..


Windy day.... blowing crops..


Paddy view from top..


I found footstep!!!! Doggie's one!!! haha^^


Mushroom... growing on the abandon tree trunk.. with the river at behind...

Sunday, July 17, 2011

jangan nak poyo sangat ok!

pernah dengar orang cakap "hidup macam roda". sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah. tapi macam mana pun pasti akan berjumpa pada paksi yang sama. betul kan?
lain pula pandangan orang ibarat lain padang lain lalang "hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah". betul juga kan?
ketentuan hari ini belum pasti penentuan untuk hari esok! faham bukan?
jadi perlu sentiasa ambil langkah berjaga-jaga kerna kebahagian hari ini mungkin kesedihan untuk hari esok mana mungkin.
persediaan yang rapi semestinya dipupuk ke dalam diri.
kau memang betul yang bernama cinta la! haha... shit!
perubahan seseorang itu sangat akan terjadi kan? sangat-sangat!

Thursday, July 14, 2011

kita suka!

seketika menjamah selera...
kelihatan seorang anak muda tak tentu arah mencari tujuan..
aku tidak tahu mengapa anak mata aku tertumpu pada anak muda tersebut sedangkan lebih ramai lagi orang disekeliling aku.
setelah beberapa lama diperhatikan anak muda itu mula duduk dikerusi yang sentiasa disediakan untuk orang awam..
mungkin keletihan agaknya.
aku membiarkan anak muda itu seketika, lalu aku menjamah apa yang ada didepan mata.
setelah kurang lebih lima minit aku melihat kembali anak muda itu.
akhirnya aku menemui jawapannya...

menunggu kekasih datang...
seronok bukan?
kadang-kadang berjalan pun tak kena, duduk pun tak senang, gatal pun tak sudah... segalanya memang tak sudah. haha...
aku memerhati gelagat pasangan tersebut..
gelak tawa yang terukir dibalik wajah mereka..
mungkin bahagia agaknya...
semakin lama semakin jauh mereka berlalu...
termengelamun aku seketika....... haissshhh! hahaaa...

Friday, July 1, 2011

Telaga jiwa

 
Saat ini aku terdiam dalam telaga sunyi untuk menunggu janji jiwa yang pernah terucap...

Thursday, June 30, 2011

HITUNGAN USIA



Setiap detik yang berlalu
Adalah usia
Setiap saat yang terlepas
Adalah hayat
Usia meninggi
Saat dan detik bergabung
Menandakan usia hampir larut
Tika detik dan saat bersatu
Pantas
Usia mampir ditelan tanah.

Thursday, June 9, 2011

masam-masam manis,,,

 GIAT BEKERJA KUNCI SUKSES
“Tidak Ada Jalan yg Mudah utk Sukses,
Giat Bekerja Adalah Kuncinya” (George G Williams )
Perenungan Diri:
Hasil penelitian mengatakan bahwa Ketekunan, Kesungguhan, Kegigihan akan membuat
otot di seluruh tubuh kuat, baik otot badan, otot tangan, otot kaki, bahkan
“otot” di otak kita. Yang paling penting adalah membuat kuat Otot Fikiran kita.
“Anda tidak mungkin memahami Work Smart,
sebelum Anda memiliki mental Work Hard” (Krishnamurti)
Situasi boleh tidak menentu,
tetapi nasib kita haruslah kita yang menentukan.
Kita cukup bergiat pada hal yang bisa kita kendalikan.
  
SIAPA YANG KAYA?
“Siapa yang kaya?
Dia yang bersukacita dengan apa yang dimilikinya.” (Benjamin Franklin)
Perenungan Diri:
Bersukacita dan bersyukur dengan apa yang kita miliki, justru akan membuat
kita semakin bertambah makmur dan sejahtera. Hukum alam semesta mengenai
sukses ini sebenarnya sederhana sekali. Kita hanya perlu keyakinan diri
saja bahwa hal ini benar.

Friday, June 3, 2011

insani yg pernah ditangisi...

sudah terlalu lama rasanya aku berada disini walaupun baru semalam aku sampai di tempat ini. entah kenapa. niat untuk aku ke sini dengan harapan aku dapat menenangkan fikiran yang sentiasa didalam kekusutan ini. tapi! sebaliknya yang terjadi. betul kata pepatah "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". ya! awan mendung selalu berarak. begitulah kehidupan seorang insan.

aku cuba menawan hati sendiri dengan kegembiraan. tapi ternyata aku masih belum mampu. apatah lagi hendak menawan hati orang lain. sering aku termenung sendirian. aku tidak tahu pergakhiran jalan cerita sebuah kehidupan ini. sering kali terjadi. huh!

memang tidak dinafikan desiran ombak pantai amat menenangkan. tapi entah kenapa. semakin aku melihat ketenangan semakin kusut lagi memikirkan. seakan tidak memahami segala-galanya. aku mengetahui semua ini ada maksud yang tersembunyi. tapi dan tapi dan tapi!!!! hahaa.. orang cakap zaman-zaman tapi dah habis. so don't say a "TAPI"! if i still say da sentance i believe i cannot go in my life...

WASSALAM...

Friday, May 27, 2011

berjalan diatas layar...

Aku bertemu dengan satu perkongsian yang cukup menarik, dikongsikan oleh murobbiku, yang jarang kita dengar orang sebut mengenai perkara ini.. cuba try baca tazkirah yang ringkas tapi cukup bermanfaat di bawah ini..


##################################################################

Tazkirah drpd Ust Hasanuddin, Pengerusi Aqsa Syarif

من اطَلع على أسرار العباد ولم يتخلًق بالرحمة الإلهيًة
 كان اطًلاعه فتنة وسببا لجرَ الوبال إليه

Barangsiapa yang Allah dedahkan kepadanya rahsia (kelemahan) hamba-hambanya, dalam keadaan dia tidak meniru sifat Rahmat Allah, nesyaya pendedahan itu akan menjadi penyebab bencana dan bahaya pada dirinya sendiri

Fadullah Khairi ketika cuba menerangkan maksud Ibn Athaillah, dalam perjalanan seorang yang sedang menyucikan dirinya, menuju Allah S.W.T kadang-kadang Allah bukakan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain.

Ketika Allah dedahkan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain itu, sedangkan dia tidak menyediakan diri (tidak meniru) dengan sifat Pemaaf, Belas, dan Rahmat Allah, nescaya dia akan memandang kecil hamba Allah yang lemah tadi. Malangnya, akan datang sifat sombongnya sehingga dia sendiri akan rosak dengan pengetahuannya tentang hamba Allah yang lemah tadi.
Sepatutnya dalam perjalan menuju Allah S.W.T, bila dia mengetahui kelemahan orang lain, dia semakin insaf dan cuba melihat kelemahan orang lain itu, sebagai bahan menyuci dirinya, cuba membaiki, bukan, menghina orang yang lemah itu dan mula berputik membangga diri... dan.... dan... Semakin jauh dia dari perjalanan mulia ini...dan mula menghasut orang lain untuk hidup dalam kelompoknya yang sempit....dan merasakan mereka sahaja yang betul dan hinanya orang lain
Moga Allah muliakan kita semua.

###################################################################

Macam mana? bestkan... tak pasti andai anda pernah merasakan seperti yang disebut itu.. Sungguh hanya Allah sahaja mengetahui bahawa betapa aku tidak terlepas daripada menjadi insan di atas. Allah, sungguh diri ini lemah dan masih banyak perlu di perbaiki.
Betapa perkara ini yang telah menyebabkan usaha yang aku lakukan rosak dek kerana tidak ikhlas, aku mula meragui sahabat-sahabatku dan akan mula mem"perli" mereka.. berdosaaku ini dengan mereka... Allah, sungguh aku ini tidak layak ke syurgamu namun sungguh aku tidak sanggup ke neraka mu..

Aku bersyukur, aku dipertemukan dengan ayat-ayat indah. Aku bersyukur aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa cuba mentaqarrubkan diri mereka dengan Sang Pencipta. Mudah-mudahan aku jadi orang yang mengambil peringatan..
Kerana aku tidak mahu usahaku selama ini akhirnya hanya menjadi pondok yang usang...


Sunday, April 3, 2011

perasaan yang melayang...

kehadiranmu akan dapat ku hidu walaupun kau bersembunyi dibalik wajahnya! kau akan ku temu walaupun aku bersembunyi dibalik wajahmu! heheheee... satu debaran sudah terasa apabila hendak bertentang denganmu. sungguh! kau benar-benar menakutkan buat semua insan terutama aku. seakan tidak mahu bertemu denganmu. aura apakah yang kau gunakan! kau menjadi penentu buat masa depan aku. tiada kau tiadalah aku. kau yang akan menilai aku. walaupun memakan masa yang bukan esok untuk aku bertemu dengan kau tetapi seakan aku rasakan kemunculan kau pada bila-bila masa saja walaupun aku tahu tarikh keramat itu. kau sungguh menakutkan. huh! dengan kuasa bulan aku akan menghukum mu! hahaaa... tak2. aku akan tabahkan hati untuk berdepan denganmu. jika tidak terdaya paling tidak pun aku akan merosakkan mu! hahaa.. so janganlah kau merumitkan aku, malah bantulah aku okey!
oh peperiksaan.....
seakan bergetar jantungku bila menyebut namamu!

Friday, March 25, 2011

lambaian mu...

kehadiranmu bagai boleh menghidupkan kembali semangat aku yang telah mati.
engkau tidak di undang.
malah kau hadir seperti hujan yang turun diwaktu engkau tidak diperlukan.
sememangnya kewujudanmu memberi impak yang begitu besar buat aku.
ya! aku gembira.
tapi aku tahu.
kau hadir buat sementara waktu sahaja.
mungkin disaat aku memerlukan kau lagi pada suatu hari nanti kau pergi entah kemana.
apakah aku harus meratapi kesedihan akan pemergian engkau???
tidak bukan kerna yang awal itu pasti ada akhirnya.
perjalanan kau di ibarat bagai daun kering yang jatuh di sungai dan kau hanya mengikut arus yang tiada arah tujuan.
berakhir lah sebuah kisah yang tiada jawapan...

O
H

A
N
G
I
N

B
A
Y
U
.
.
.

(n_n)

Sunday, March 20, 2011

kalam dibicarakan ilham diutuskan

Memiliki sebuah cerita itu memang menarik, tapi saat kita merasakannnya mungkin ada kepahitan dari cerita itu sendiri.
Keanekaragaman rasa memang sangat mempengaruhi dalam sebuah kehidupan yang dimana rata rata dari kita hanya menginginkan sebuah cerita yang manis-manis saja. Kadang kita juga terlupa dan menjadi sesuatu yang melalut-lalut ketika membiarkan hati kita berkuasa dan terluka lagi.
Namun kita juga harus pandai menyedari  bahawa terluka itu memang tidak menyeronokkan dan rasanya seperti di patuk ular berbisa yang boleh mematikan hati dan membuatnya menjadi busuk serta tidak lagi boleh memakai hati itu untuk hidup. Kita pun menjadi mati tapi ada, dalam erti kata lain kita tidak lagi hidup ketika tak memiliki hati lagi tetapi hanya ada dalam berupa wujud manusia.
Berani mengambil sikap untuk merasionalkan hati memang berat dan mungkin harus menghilangkan sesuatu dalam hati yang sudah tertanam serta mengakar dalam setiap lubang jantung.
Ya kita pun harus bangun kembali disaat kematian hati kita sudah mencapai klimaksnya (pelik mati boleh mencapai klimaks).hehee.. Kelahiran yang dimana hati serta pikiran berjalan seiring kembali pun diperlukan dan kita juga perlu mematikan kita yang dulu. Sebulat suara serta dorongan dari orang-orang disekeliling sangat diperlukan sekali untuk menjadikan semuanya itu menjadi nyata dan membuat kita baru lagi (baru dalam kata lain hati dan pikiran).

berdirilah kita sebagaimana berdiri teguhnya menara tokyo itu sendiri.

hargai sebuah kehidupan...

sedang aku menuju ke destinasi yang seharusnya aku perlu tuju, kelihatan seorang perempuan tua terhesot- hesot hendak melintasi jalan. dengan tiba-tiba akal aku berbicara seketika "andainya aku ditempat perempuan yang berusia itu dengan tanpa apa-apa bantuan melainkan tongkat kayu yang menjadi teman disisi". sedih bukan? kemana agaknya anak-anak perempuan tua itu. mengapa perlu membiarkan dia bersahaja dengan sendirian. adakah ini yang dinamakan lupa ataukah???
tuhan lebih mengenali dirimu. tiada siapa yang akan dapat menilainya.


setelah lama diperhatikan akhirnya berjaya juga perempuan tua itu melintasi jalan. bukan tiada niat hendak membantu. tetapi kerisauan jikalau bas terlepas. aku tidak dapat menghidu bila kehadiran kenderaan panjang itu. hahaa.. aku adalah orang awam yang setia. sentiasa memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang baik hati. sebab dari situ aku dapat mendikarikan diri aku jika tiada sesiapa disisi. mereka lah yang sentiasa membantu aku. heheee.. thnkz sayang.
dari perkhidmatan awam lah yang banyak memberi aku gambaran bagaimana kehidupan seorang insan yang bergelar manusia tidak kira bangsa. pelbagai ragam yang kelihatan. semua ini yang banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. so aku bersyukur dengan pemberian mu tuhan.

ragam sebuah kehidupan amat melucukan dan kadang kala amat memilukan.

Tuesday, March 15, 2011

ini kah???

apa lah perasaan orang kalau tepuk sebelah tangan boleh berbunyi kan. mesti dia akan terasa bahagia sentiasa walau hakikatnya bukan itu sebenarnya yang dirasakan.


HIDUP TIDAK SELALU INDAH DAN LANGIT TIDAK SELALU CERAH...

pabila hati berbicara~~~

 SEBUAH PERTEMUAN...

sungguh dalam apa maksud yang tersirat didalam hati.
jika diungkap mungkin tersalah tafsirannya.
menyendiri mungkin jalan kesudahan untuk semua ini.
wahai hati...
mengapa engkau selalu begini.
setelah hari berganti hari bermakna kah lagi semua ini.
mungkin sudah menjadi basi agaknya.
desiran pantai amat nyaman dan bisa menenangkan fikiranku.
sudah lama kau tidak ku kunjungi.
semalam yang suram berganti dengan kesedihan.
hari ini yang tertawa berganti dengan duka.
mungkin sama pada bahasa tapi berbeda pada maksudnya.

wajah yang dulunya selalu ku tatap kini sudah tiada lagi disisi.
mungkin kau insan teristimewa.
mungkin juga pertemuan itu seketika buat aku. siapa sangka?
aku berserah...

sering kali menanti sebuah jawapan.
tapi sampai bila? apakah pengakhirannya akan semua ini.
amat benar penantian itu sungguh menyiksakan. aku berserah kepadamu ya tuhan~~~



hargai sebuah perhubungan kerna disitu terjalinnya kasih sayang walaupun ianya belum pasti mendapat kebahagiaan...

Thursday, March 3, 2011

seperkara untukmu....

gambar ni lah saat pertama perkenalan kami

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

pertama kali ku mengenali dirimu..
terasa indahnya dunia ini. tak dapat aku nak luahkan gembiranya perasaan ini. disaat aku keseorangan kau hadir bagaikan lampu dinding yg menerangi sebuah pondok yg usang yg hanya ditemani bunyi-bunyian cengkerik yg memecah keheningan malam. wah! berharganya kau wahai nur izzati najwa pada malam yg tiada berbintang! hehee

nama si comel ni zaty. yah! zaty. nama penuh? nak tau juge ke? ok2.. nama penuh dia nur izzati najwa bt muhd roslan. dia ni la yang aku cerita kat korang dulu. *eh,tiba2 je kan. hehee
comel kan? kemuncungan mulut dia tu la yang membuatkan jantung aku, hati aku, perasaan aku tewas dengan dia walaupun bahagian dalaman aku ni habis ditusuk duri sembilu! hahaa
eh,tak lah. aku gurau je. mula-mula nampak mesti la nak kenal-kenal kan. tanya nama sapa, duduk mana, umur berapa dan lain-lain yg berkaitan dengannya. "introduction to friendship". hehee
poyo! cakap je la ehemmm3. ;)
ow'oww.! kamu ketahuan! tiba-tiba dengan bersahaja nya ada satu aura menjelma mengalahkan super saiya ke empat mengalir ke dalam tubuh aku yang sasa ni. bluweekssss!!! tidak terdaya tuk aku menentang aura yang telah meresap seperti asap cerek yang naik ke bumbung! hehee.  mak aku penah cakap hati dan perasaan ni tak boleh nak dipaksa. tapi kene ingat! ikut hati mati tau. ikut highway confirm selamat! hahaa. eh, tak2. mak aku tak ada la cakap macam tu. tapi mak aku cakap kalau nak cari jodoh cari macam zaty ni. aku berfikir sebentar. macam mana mak aku boleh tau ni? heheheheee
kamu2 semua dah masuk perangkap gajah!

kamu2 semua! nak dengar tak? aku dah lama mengharap sang pari-pari turun dari kayangan menemani hidup aku, sihat aku, sakit aku, seronok aku, sedih aku. kamu semua mungkin tidak akan menjangka apa yang akan terjadi pada kamu2 semua. so yakin dengan kemampuan diri sendiri okey. pasti ada yang akan mencintai. kehadiran zaty yang banyak mengubah cara aku. dari budak-budak ke tak budak-budak. eceh! tengok sama je. ok2. tak2. pendek kata dia lah segala-galanya bagi aku. kalau nak diceritakan zaman so'ot bongek dulu  sangatlah sombong si zaty ni tau. tapi entah kenapa. aku tiada perasan ingin mengalah tuk berkawan dengan dia. ya! tak dinafikan memang aku sudah tertawan dengan dia! penah dengar lagu "kembang perawan"? siyes best! hehee. kisah kami panjang. ibarat dari barat ke selat melaka. hehee.. panjangkan? so tak apa lah. sian kamu2 semua nanti. hehee. harapan, harapan, dan harapan. aku tak nak kena tinggalkan lagi! warrrrr! takutnye. anggapan aku kisah lalu jadi sejarah untuk diisi dalam cerita hidup aku. aku hanya berserah. dialah anugerah tuhan padaku!

macam mana ada satu lagu tu?

dengar bisikan ku oh dinda
coba lapangkan dada kita
trima aku apa adanya
jujur hati yang kita jaga...

terima taw! taw! taw! (>_<)

kenangan tak akan mungkin berulang, tapi kenanglah ianya sebagai penyeri sebuah kehidupan...
semoga kita tidak berubah hati...

Tuesday, March 1, 2011

takdir menentukan ia,,,,,

rindu...

kenapa perasaan itu wujud? atau harus ada pada diri? mungkin ianya adalah lumrah yang dimiliki setiap insan.

tuhan menjadikan kita dengan sifat yang cukup sempurna kan. tak perlu la rasanya anda mahu mempertikaikan.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

tekanan la.!
betul-betul terseksa. 
itu perasaan yang aku alami sekarang.
dengan keadaan sekeliling yang menyerabutkan.
ditambah dengan kesedihan.
jadi lah apa pun tapi hidup ini perlu diteruskan.
wahai tuhan. kadang aku kalah dengan ujianmu tuhan. tabahkan lah hatiku ini dengan setabah-tabahnya.
janganlah engkau uji aku dengan ujian yang berat tuhan.
jikalau engkau menguji aku dengan ujian yang berat
kau akan mengoyakkan pintu kelemahanku tuhan.

dicaci, dicerca, itulah yang harus diterima oleh aku. ya! mungkin gurauan. tapi kadang kala amat terhina aku
rasakan. aku tiada tempat disisi manusia untuk mengadu apa yang aku alami sekarang. aku terasa kesunyian.

ya tuhan...

ternyata dan terbukti yang aku harus menjalani liku-liku kehidupan ini dengan sendirian kerna itu yang lebih
terbaik buat aku. tidak perlu lah rasanya untuk aku mengharap pada sesuatu yang mungkin aku rasa tak patut
aku harapkan.
miskipun ibu bapa aku sekalipun.
roda-roda kehidupan...


Monday, February 28, 2011

hati ini...

aku amat memerlukan perhatian daripada seseorang.




tapi tah lah. aku sedih sangat. mungkin ini jalan kehidupan yang harus aku lalui. kemana pergi semuanya. aku teringin mengecap kebahagiaan seperti orang-orang lain. tapi mungkin itu bukan untuk aku. aku tak menyalahkan sesiapa. apa pun yang terjadi aku akan tetap menyalahkan diri aku sendiri.




ya tuhan. tenangkan lah perasaan ku ini. kadang-kadang aku dah tak terdaya. aku rasa kalah. tapi itu tak patut aku rasakan kerna aku lelaki. aku harus kuat. tapi bagaimana aku hendak mencari kekuatan itu? lemahnya aku. mungkin inilah cerita kehidupan.




alangkah indahnye hidup ini kalau tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang jinak-jinak dapat memahami perasaan aku ini. mungkin hari-hari aku akan berjumpa semua tu tuk aku meluahkan perasaan aku apa yang berlaku hari-hari hidup aku.

senyum! senyum! senyum! heheheheee...
tak perlu sedih-sedih. gembira,gelak tawa itu semua lumrah kehidupan. setiap menusia pasti merasakannya. don't worry!

Saturday, February 19, 2011

sehitam mana pun gelapnya malam,pasti ada kunang-kunang meminjamkan cahaya~~~

xavi... (bukan nama sebenar)

apakah kau pernah mengerti perasaanku terhadapmu? tidak bukan? sama sekali tidak.




ketahuilah olehmu disini aku begitu simpati terhadap dirimu. tapi? kau begitu ego xavi. sifat egomu telah

menguasai diri kau. kau selalu menganggap yang diri kau sentiasa berada diatas walaupun kau dan aku pernah

mendengar pepatah mengatakan yang hidup ini sentiasa ada pasang surutnya ibarat air yang terbentang

dilautan.



sewaktu kita sama-sama menuntut di zaman persekolahan dahulu, cikgu selalu mengulangi ayat ini agar kita

tidak mudah lupa diri kita yang sebenar apabila kita akan mengecap sesuatu kejayaan. mungkin pada zaman

persekolahan dahulu kita sama-sama tidak mengerti apakah maksud yang tersirat disebalik kata-kata cikgu

itu bukan? masih ingatkah lagi engkau tentang itu?




wahai xavi sahabatku yang pernah ku kenali. sama-sama kita muhasabah siapa diri kita. aku tidak akan

pernah memaksa kau untuk berubah. ya! mungkin aku tidak patut menegur kau. siapalah aku dimata kau.

tapi aku nak kau tahu yang aku amat menyanyangi kau sebagai sahabatku. kau yang pertama ku kenali

sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki dibangku sekolah sehinggalah kita sama-sama berjaya!

ingatlah sahabatku. apa yang ada ini semuanya hanyalah pinjaman sementara. janganlah kau terlalu angkuh

dengan apa yang telah diberikan. aku sedia menerimamu kembali sebagai sahabatku andainya kau sudah

sedar dengan khilaf yang telah engkau lakukan.

setiap manusia pasti tidak pernah terlepas dari semua ini.

wahai xavi sahabatku. sedarlah kau kembali. aku amat merindui dirimu yang dahulu. aku sunyi tanpa gelak

tawamu xavi. kau begitu aku hargai sebagai sahabatku kerna engkau terlalu faham akan perasaanku.




dahulu,kau terlalu banyak membantuku sewaktu aku dihimpit kesusahan. belum pun sempat aku membalas

budi baik mu terhadapku kau sudah pun meninggalkan aku. apakah yang membuatkan kau menjadi begini

xavi....???


kau pergi meninggalkan aku.....

Saturday, January 15, 2011

~warkah buatmu ayah dan bonda~

Kadang aku berfikir, dapatkah kita terus coba
mendayung perahu kita, menyatukan ingin kita
sedang selalu saja, khilaf yang kecil mengusik
bagai angin berhembus kencang, goyahkan kaki kita



untuk mereka berdua yg ku sayangi walaupun aku tidak dilayan sebegitu baik rupa terutama sekali ayah..
kadang kala aku berasa menyesal kerana mempunyai ayah yg tidak memberi kasih sayang yg begitu sempurna kepada anak2mu ini.. aku betul2 tidak mengerti apakah sebab sebenar ayah menjadi begini. dan aku tidak tahu sampai bila penderitaan ini akan berakhir.

ayah..
ketahuilah oleh mu walaupun ayah begitu tapi aku tidak pernah lupa akan jasa dan pengorbananmu..
aku terima semua ini dengan redo walaupun aku tahu perkara ini betul2 menyiksakan aku dan mereka2 yg senasib dgn ku terutama sekali ibu.
sungguh berliku perjalanan hidup ini. kadag kala terasa ingin lari dari semua ini. tapi aku tidak mampu. aku harus lalui semua ini andai ini sudah suratannya...

bukan niatku untuk memburuk2kan mana2 pihak. tapi inilah kenyataan yg harus aku terima dan harus ayah ketahui. sudah lama kami semua tersiksa dgn layanan ayah kpd kami.
aku selalu berharap yg ayah akan berubah. tapi entah bila...
andai ini sudah tertulis dr dulu lg aku hanya mampu berserah.....

ibu...
terima kasih kerana melahirkan aku kedunia ini. sesungguhnya pengorbananmu akan ku sanjung dgn tinggi. hanya engkau satu2nya ibuku didunia ini. bersabarlah ibu dgn suratan yg sudah tertulis. sesungguhnya aku tahu ibu betul2 tabah menghadap semua ini. hanya allah saja yg boleh membalas segala jasa dan pengorbananmu...

kepada anda semua yg mendapat kasih syg yg sepenuhnya dr kedua ibu bapamu hormatilah mereka,sanjunglah mereka dgn tinggi. ketahuilah mereka benar2 menyanyangi anda.

Kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
Hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan
Oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
Oh ibu semoga Tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

Thursday, January 13, 2011

H.U.H.!.!.!

sering kali aku kalah dengan perasaan sendiri. huh! btl2 melemahkan diri aku! kadang2 bila difikirkan btl2 membuatkan aku xada semangat lagi untuk meneruskan semua ni.. sumpah sedih...  uwaaaaa....
tp walau mcm mne pn aku kene teruskan juge semua ni. rse x terdaya sgt! bukan aku xmampu.. tp bile dah jadi mcm ni sesuatu yg aku rse aku mampu bt pn aku rse aku dah xmampu. xpnh aku alami perasaan sebegini.. kadang2 aku rse aku nk menyendiri je dlm bilik ni.. uuwwwaaaaa.......... rse nk nangis puas2. tuhan je yg tau mcm mne perasaan aku.. ohhh tuhan........... :(

sekarang dh tahun 2011.. aku dh tau apa yg aku perlu taget untuk tahun ni.. aku mesti bt anjakan paradigma yg mungkin selama ini aku pun xpernah memikirkannya!!!
ini lah aku... sudah tersungkur &%#$@+_!)(,./;'<}>{
dah tibe msenye aku prlu b'ubah... bukan bermain yg aku prlu utamakan lg..
E.N.D

akak.! trme ksh ats sgle2nye....

SEKIANNN ats luahan aku yg xpatut disimpatikan... huhuuu.....

ya tuhan... bantulah hambamu yg daif ini..