Friday, March 25, 2011

lambaian mu...

kehadiranmu bagai boleh menghidupkan kembali semangat aku yang telah mati.
engkau tidak di undang.
malah kau hadir seperti hujan yang turun diwaktu engkau tidak diperlukan.
sememangnya kewujudanmu memberi impak yang begitu besar buat aku.
ya! aku gembira.
tapi aku tahu.
kau hadir buat sementara waktu sahaja.
mungkin disaat aku memerlukan kau lagi pada suatu hari nanti kau pergi entah kemana.
apakah aku harus meratapi kesedihan akan pemergian engkau???
tidak bukan kerna yang awal itu pasti ada akhirnya.
perjalanan kau di ibarat bagai daun kering yang jatuh di sungai dan kau hanya mengikut arus yang tiada arah tujuan.
berakhir lah sebuah kisah yang tiada jawapan...

O
H

A
N
G
I
N

B
A
Y
U
.
.
.

(n_n)

Sunday, March 20, 2011

kalam dibicarakan ilham diutuskan

Memiliki sebuah cerita itu memang menarik, tapi saat kita merasakannnya mungkin ada kepahitan dari cerita itu sendiri.
Keanekaragaman rasa memang sangat mempengaruhi dalam sebuah kehidupan yang dimana rata rata dari kita hanya menginginkan sebuah cerita yang manis-manis saja. Kadang kita juga terlupa dan menjadi sesuatu yang melalut-lalut ketika membiarkan hati kita berkuasa dan terluka lagi.
Namun kita juga harus pandai menyedari  bahawa terluka itu memang tidak menyeronokkan dan rasanya seperti di patuk ular berbisa yang boleh mematikan hati dan membuatnya menjadi busuk serta tidak lagi boleh memakai hati itu untuk hidup. Kita pun menjadi mati tapi ada, dalam erti kata lain kita tidak lagi hidup ketika tak memiliki hati lagi tetapi hanya ada dalam berupa wujud manusia.
Berani mengambil sikap untuk merasionalkan hati memang berat dan mungkin harus menghilangkan sesuatu dalam hati yang sudah tertanam serta mengakar dalam setiap lubang jantung.
Ya kita pun harus bangun kembali disaat kematian hati kita sudah mencapai klimaksnya (pelik mati boleh mencapai klimaks).hehee.. Kelahiran yang dimana hati serta pikiran berjalan seiring kembali pun diperlukan dan kita juga perlu mematikan kita yang dulu. Sebulat suara serta dorongan dari orang-orang disekeliling sangat diperlukan sekali untuk menjadikan semuanya itu menjadi nyata dan membuat kita baru lagi (baru dalam kata lain hati dan pikiran).

berdirilah kita sebagaimana berdiri teguhnya menara tokyo itu sendiri.

hargai sebuah kehidupan...

sedang aku menuju ke destinasi yang seharusnya aku perlu tuju, kelihatan seorang perempuan tua terhesot- hesot hendak melintasi jalan. dengan tiba-tiba akal aku berbicara seketika "andainya aku ditempat perempuan yang berusia itu dengan tanpa apa-apa bantuan melainkan tongkat kayu yang menjadi teman disisi". sedih bukan? kemana agaknya anak-anak perempuan tua itu. mengapa perlu membiarkan dia bersahaja dengan sendirian. adakah ini yang dinamakan lupa ataukah???
tuhan lebih mengenali dirimu. tiada siapa yang akan dapat menilainya.


setelah lama diperhatikan akhirnya berjaya juga perempuan tua itu melintasi jalan. bukan tiada niat hendak membantu. tetapi kerisauan jikalau bas terlepas. aku tidak dapat menghidu bila kehadiran kenderaan panjang itu. hahaa.. aku adalah orang awam yang setia. sentiasa memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang baik hati. sebab dari situ aku dapat mendikarikan diri aku jika tiada sesiapa disisi. mereka lah yang sentiasa membantu aku. heheee.. thnkz sayang.
dari perkhidmatan awam lah yang banyak memberi aku gambaran bagaimana kehidupan seorang insan yang bergelar manusia tidak kira bangsa. pelbagai ragam yang kelihatan. semua ini yang banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. so aku bersyukur dengan pemberian mu tuhan.

ragam sebuah kehidupan amat melucukan dan kadang kala amat memilukan.

Tuesday, March 15, 2011

ini kah???

apa lah perasaan orang kalau tepuk sebelah tangan boleh berbunyi kan. mesti dia akan terasa bahagia sentiasa walau hakikatnya bukan itu sebenarnya yang dirasakan.


HIDUP TIDAK SELALU INDAH DAN LANGIT TIDAK SELALU CERAH...

pabila hati berbicara~~~

 SEBUAH PERTEMUAN...

sungguh dalam apa maksud yang tersirat didalam hati.
jika diungkap mungkin tersalah tafsirannya.
menyendiri mungkin jalan kesudahan untuk semua ini.
wahai hati...
mengapa engkau selalu begini.
setelah hari berganti hari bermakna kah lagi semua ini.
mungkin sudah menjadi basi agaknya.
desiran pantai amat nyaman dan bisa menenangkan fikiranku.
sudah lama kau tidak ku kunjungi.
semalam yang suram berganti dengan kesedihan.
hari ini yang tertawa berganti dengan duka.
mungkin sama pada bahasa tapi berbeda pada maksudnya.

wajah yang dulunya selalu ku tatap kini sudah tiada lagi disisi.
mungkin kau insan teristimewa.
mungkin juga pertemuan itu seketika buat aku. siapa sangka?
aku berserah...

sering kali menanti sebuah jawapan.
tapi sampai bila? apakah pengakhirannya akan semua ini.
amat benar penantian itu sungguh menyiksakan. aku berserah kepadamu ya tuhan~~~



hargai sebuah perhubungan kerna disitu terjalinnya kasih sayang walaupun ianya belum pasti mendapat kebahagiaan...

Thursday, March 3, 2011

seperkara untukmu....

gambar ni lah saat pertama perkenalan kami

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

pertama kali ku mengenali dirimu..
terasa indahnya dunia ini. tak dapat aku nak luahkan gembiranya perasaan ini. disaat aku keseorangan kau hadir bagaikan lampu dinding yg menerangi sebuah pondok yg usang yg hanya ditemani bunyi-bunyian cengkerik yg memecah keheningan malam. wah! berharganya kau wahai nur izzati najwa pada malam yg tiada berbintang! hehee

nama si comel ni zaty. yah! zaty. nama penuh? nak tau juge ke? ok2.. nama penuh dia nur izzati najwa bt muhd roslan. dia ni la yang aku cerita kat korang dulu. *eh,tiba2 je kan. hehee
comel kan? kemuncungan mulut dia tu la yang membuatkan jantung aku, hati aku, perasaan aku tewas dengan dia walaupun bahagian dalaman aku ni habis ditusuk duri sembilu! hahaa
eh,tak lah. aku gurau je. mula-mula nampak mesti la nak kenal-kenal kan. tanya nama sapa, duduk mana, umur berapa dan lain-lain yg berkaitan dengannya. "introduction to friendship". hehee
poyo! cakap je la ehemmm3. ;)
ow'oww.! kamu ketahuan! tiba-tiba dengan bersahaja nya ada satu aura menjelma mengalahkan super saiya ke empat mengalir ke dalam tubuh aku yang sasa ni. bluweekssss!!! tidak terdaya tuk aku menentang aura yang telah meresap seperti asap cerek yang naik ke bumbung! hehee.  mak aku penah cakap hati dan perasaan ni tak boleh nak dipaksa. tapi kene ingat! ikut hati mati tau. ikut highway confirm selamat! hahaa. eh, tak2. mak aku tak ada la cakap macam tu. tapi mak aku cakap kalau nak cari jodoh cari macam zaty ni. aku berfikir sebentar. macam mana mak aku boleh tau ni? heheheheee
kamu2 semua dah masuk perangkap gajah!

kamu2 semua! nak dengar tak? aku dah lama mengharap sang pari-pari turun dari kayangan menemani hidup aku, sihat aku, sakit aku, seronok aku, sedih aku. kamu semua mungkin tidak akan menjangka apa yang akan terjadi pada kamu2 semua. so yakin dengan kemampuan diri sendiri okey. pasti ada yang akan mencintai. kehadiran zaty yang banyak mengubah cara aku. dari budak-budak ke tak budak-budak. eceh! tengok sama je. ok2. tak2. pendek kata dia lah segala-galanya bagi aku. kalau nak diceritakan zaman so'ot bongek dulu  sangatlah sombong si zaty ni tau. tapi entah kenapa. aku tiada perasan ingin mengalah tuk berkawan dengan dia. ya! tak dinafikan memang aku sudah tertawan dengan dia! penah dengar lagu "kembang perawan"? siyes best! hehee. kisah kami panjang. ibarat dari barat ke selat melaka. hehee.. panjangkan? so tak apa lah. sian kamu2 semua nanti. hehee. harapan, harapan, dan harapan. aku tak nak kena tinggalkan lagi! warrrrr! takutnye. anggapan aku kisah lalu jadi sejarah untuk diisi dalam cerita hidup aku. aku hanya berserah. dialah anugerah tuhan padaku!

macam mana ada satu lagu tu?

dengar bisikan ku oh dinda
coba lapangkan dada kita
trima aku apa adanya
jujur hati yang kita jaga...

terima taw! taw! taw! (>_<)

kenangan tak akan mungkin berulang, tapi kenanglah ianya sebagai penyeri sebuah kehidupan...
semoga kita tidak berubah hati...

Tuesday, March 1, 2011

takdir menentukan ia,,,,,

rindu...

kenapa perasaan itu wujud? atau harus ada pada diri? mungkin ianya adalah lumrah yang dimiliki setiap insan.

tuhan menjadikan kita dengan sifat yang cukup sempurna kan. tak perlu la rasanya anda mahu mempertikaikan.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

tekanan la.!
betul-betul terseksa. 
itu perasaan yang aku alami sekarang.
dengan keadaan sekeliling yang menyerabutkan.
ditambah dengan kesedihan.
jadi lah apa pun tapi hidup ini perlu diteruskan.
wahai tuhan. kadang aku kalah dengan ujianmu tuhan. tabahkan lah hatiku ini dengan setabah-tabahnya.
janganlah engkau uji aku dengan ujian yang berat tuhan.
jikalau engkau menguji aku dengan ujian yang berat
kau akan mengoyakkan pintu kelemahanku tuhan.

dicaci, dicerca, itulah yang harus diterima oleh aku. ya! mungkin gurauan. tapi kadang kala amat terhina aku
rasakan. aku tiada tempat disisi manusia untuk mengadu apa yang aku alami sekarang. aku terasa kesunyian.

ya tuhan...

ternyata dan terbukti yang aku harus menjalani liku-liku kehidupan ini dengan sendirian kerna itu yang lebih
terbaik buat aku. tidak perlu lah rasanya untuk aku mengharap pada sesuatu yang mungkin aku rasa tak patut
aku harapkan.
miskipun ibu bapa aku sekalipun.
roda-roda kehidupan...