Sunday, March 20, 2011

hargai sebuah kehidupan...

sedang aku menuju ke destinasi yang seharusnya aku perlu tuju, kelihatan seorang perempuan tua terhesot- hesot hendak melintasi jalan. dengan tiba-tiba akal aku berbicara seketika "andainya aku ditempat perempuan yang berusia itu dengan tanpa apa-apa bantuan melainkan tongkat kayu yang menjadi teman disisi". sedih bukan? kemana agaknya anak-anak perempuan tua itu. mengapa perlu membiarkan dia bersahaja dengan sendirian. adakah ini yang dinamakan lupa ataukah???
tuhan lebih mengenali dirimu. tiada siapa yang akan dapat menilainya.


setelah lama diperhatikan akhirnya berjaya juga perempuan tua itu melintasi jalan. bukan tiada niat hendak membantu. tetapi kerisauan jikalau bas terlepas. aku tidak dapat menghidu bila kehadiran kenderaan panjang itu. hahaa.. aku adalah orang awam yang setia. sentiasa memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang baik hati. sebab dari situ aku dapat mendikarikan diri aku jika tiada sesiapa disisi. mereka lah yang sentiasa membantu aku. heheee.. thnkz sayang.
dari perkhidmatan awam lah yang banyak memberi aku gambaran bagaimana kehidupan seorang insan yang bergelar manusia tidak kira bangsa. pelbagai ragam yang kelihatan. semua ini yang banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. so aku bersyukur dengan pemberian mu tuhan.

ragam sebuah kehidupan amat melucukan dan kadang kala amat memilukan.

No comments:

Post a Comment